TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

27 September 2013

KONGSI GELAP: JAWATANKUASA “AD HOC” PERLU DIBENTUK

KONGSI GELAP: JAWATANKUASA “AD HOC” PERLU DIBENTUK

Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang


Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan penyelesaian konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun, pihaknya juga risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati. Menurut Kumar, dengan operasi demikian ianya bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap ini tidak akan berakhir juga. Tambahnya beliau, ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah  berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan. Menurutnya lagi,  pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap ini tidak akan berakhir kerana  kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru. Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas dilancarkan  lebih 8,449 orang telah ditahan. Perkara ini membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap ini kebanyakkannya berumur kurang daripada 35 tahun iaitu dikategorikan sebagai belia. Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan Negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap? Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan? Terdapat banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa “ad hoc” perlu dibentuk dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia. MIPAS juga menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap ini. Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana. Jawatankuasa “ad hoc” yang dibentuk pula  perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada  sistem kerajaan yang sedia ada atau pun disebaliknya.


Oleh,

Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan