Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

21 Ogos 2013

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Sim Tze Tzin: 100 hari Najib jadi PM.



17hb Ogos 2013

Minggu ini genap 100 hari Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri selepas PRU13.  “Benchmark” 100 hari dalam pentadbiran baru julung-julung kali dimulakan oleh Presiden Roosevelt dari Amerika. Beliau telah melancarkan dasar-dasar dan inisiatif-insiatif yang dinamakan New Deal dalam 100 hari pertama menjadi Presiden. Presiden-presiden Amerika yang seterusnya dinilai mengikut 100 pertama dalam pentadbiran.
Dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri Najib telah melancarkan 11 initiatif baru dalam 100 pertama selepas menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun kebanyakan 11 initiatif tersebut hanya berupa superficial, seperti memberi diskaun touch n go dan sebagainya. Akan Tetapi ia telah meningkatkan publisiti pada masa itu. Apabila masuk penggal kedua, dengan pengalaman satu penggal, Perdana Menteri seharusnya penuh dengan pelbagai dasar dan idea baru. Malangnya beliau tidak banyak mengumumkan apa-apa dasar baru, atau perubahan dasar yang bermakna.

Pejabat saya telah membuat kajian terhadap kenyataan terbuka Perdana Menteri, facebook dan twitter beliau selama 100 hari. Kami telah mengkategorikan kepada 5 tajuk utama: 1. Dasar Baru dan perubahan dasar 2. Pentadbiran Seharian 3. Ucapan Selamat, Tahniah dan Takziah 4. Hadir program 5. Lain-lain
Sepanjang 100 hari pertama, PM telah mengutus 308 tweets. Kami agak terkejut mendapati hanya 4 tweet yang berupa dasar baru, iaitu 1%. Ini agak membimbangkan kerana pentadbiran Negara selama 100 hari ini, hanya ada 4 dasar yang baru. Tweet Pentadbiran seharian sebanyak 49%, Ucapan tahniah, takziah 27%, Hadir program 5% dan lain-lain 18%. (Rujuk Lampiran 1)

Pada masa yang sama, selepas PRU13, Negara kita juga penuh dengan cabaran yang genting. Pejabat saya telah memilih 10 isu atau cabaran yang paling utama dalam 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri (Sila rujuk lampiran 2). Kami merujuk keratan media, FB dan twitter beliau untuk mencari maklum balas daripada Perdana Menteri. Kami telah mengkategorikan 10 berita tersebut kepada 3 kategori: 1. Politik dan Dasar 2. Ekonomi 3. Sosio-Jenayah.

Kami berpendapat, kesemua cabaran tersebut memerlukan kepimpinan Negara yang jelas, tegas dan berwawasan. Namun, mengikut kajian kami, Perdana Menteri Najib sekali lagi gagal dalam kajian kami. Dalam 10 isu-isu tersebut, Perdana Menteri hanya menjawab atau komen dalam 2 isu. Hanya satu dasar baru iaitu meletakkan SPR di bawah Parlimen dikemukakan. Itupun masih belum ada butiran lanjut selepas 77 hari diumumkan pada 1hb Jun 2013.

Kesimpulan yang kami dapati adalah, Perdana Menteri telah hilang focus dalam memimpin Negara. Beliau juga hilang idea baru. Negara sekarang dalam keadaan autopilot. Pihak konservatif UMNO telah “hijack” isu-isu dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan. Kelemahan kepimpinan Perdana Menteri telah menjadikan keadaan Negara tidak terkawal. Keadaan ini amat membimbangkan.

Pada pendapat saya, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat harus lebih fokus dalam pengurusan pentadiran. Buat masa sekarang, BN atau PR kurang menonjolkan dasar-dasar dan idea-idea baru. Rakyat mahu lihat perubahan yang ketara, maka dasar-dasar yang mesra rakyat harus dilaksanakan, harapan mereka tinggi. Saya belum buat kajian terhadap pentadbiran yang lain, tapi saya ingin memberi pujian kepada Exco Kerajaan Negeri YB Jagdeep Singh. Setahu saya, beliau telah berusaha melaksanakan perubahan kepada dasar pemilikan rumah kos rendah dan cuba membersihkan sebarang kecurangan. Inilah dasar dan fokus yang rakyat inginkan.
Maka, saya menyeru semua pentadbiran Negara, baik menteri-menteri dari peringkat pusat mahupun exco-exco kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional supaya menumpu balik kepada pentadbiran dan melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat. Tonjolkan kepimpinan dan pengurusan Negara dengan lebih baik.

YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru