KONGSI
GELAP: JAWATANKUASA “AD HOC” PERLU DIBENTUK
Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang
Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri
Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan penyelesaian
konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Menurutnya, pihaknya
menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas
namun, pihaknya juga risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap
mahupun ditembak mati. Menurut Kumar, dengan operasi demikian ianya bukannya
satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa
satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap ini tidak akan berakhir
juga. Tambahnya beliau, ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak
klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan,
namun dalam isu sekarang adalah berbeza
kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan. Menurutnya lagi, pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap
ini tidak akan berakhir kerana kumpulan
tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua mereka
tiada lagi, namun kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan
diterajui muka baru. Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas
dilancarkan lebih 8,449 orang telah
ditahan. Perkara ini membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif
dalam aktiviti kongsi gelap ini kebanyakkannya berumur kurang daripada 35 tahun
iaitu dikategorikan sebagai belia. Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya
menjadi tunjang kemajuan dan harapan Negara ini terjerbak dalam dunia kongsi
gelap? Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan? Terdapat
banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala
persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa “ad hoc” perlu dibentuk
dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik
daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia. MIPAS juga menyeru
agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian
yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap ini. Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan
ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana. Jawatankuasa “ad hoc” yang
dibentuk pula perlu menjadi badan
pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada sistem kerajaan yang sedia ada atau pun
disebaliknya.
Oleh,
Kumaresan
Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang