Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

10 Julai 2013

Kenyataan Media YB Sim Tze Tzin Ahli Parlimen Bayan Baru berkenaan penutupan kes beli undi semasa PRU13 oleh SPRM Pulau Pinang

Kenyataan Media YB Sim Tze Tzin Ahli Parlimen Bayan Baru berkenaan penutupan kes beli undi semasa PRU13 oleh SPRM Pulau Pinang

10hb Julai 2013

Pakatan Rakyat berasa kesal atas keputusan pengarah SPRM Samarajoo Manikam untuk menutup siasatan terhadap laporan beli undi melalui “lucky bonus” semasa PRU13. Kami berpendapat SPRM telah gagal atau tidak competent dalam kerja-kerja siasatan. Alasan Samarajoo bahawa kes ini tiada unsur-unsur jenayah, sama sekali tidak boleh diterima.
Dalam PRU13, isu utama yang dikempen oleh Pakatan Rakyat adalah Rasuah dan Korupsi. 51% pengundi di Malaysia menyokong Pakatan Rakyat malah saya yakin lebih ramai lagi menyokong usaha membanteras rasuah. Malah, SPRM telah mendapat RM276 juta dalam bajet 2013. Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap SPRM. Tetapi, sejurus selepas PRU13, kes rasuah pilihanraya yang begitu ketara ditutup. Ini telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sama sekali.
Semasa PRU13, ribuan pengundi-pengundi di Pulau Pinang telah menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia. Mereka terima duit dan terima voucher “lucky bonus”. Mereka mempunyai first hand experience dalam kaedah membeli undi. Ribuan pengundi Pulau Pinang boleh jadi saksi dan kami dari Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama kepada SPRM.  Jika SPRM memberi alasan tidak mempunyai bukti kukuh. Ini seolah-olah beliau menutup kedua-dua mata sama sekali terhadap sesuatu jenayah. Perdana Menteri sekarang mesti menjawab adakah usaha beliau membanteras rasuah melalui SPRM telah gagal.
Kesemua ini membuktikan bahawa kajian Transparency International-Malaysia's (TI-M) Global Corruption Barometer (GCB) adalah betul. TI-M semalam melaporkan bahawa hanya 31% yakin terhadap usaha kerajaan persekutuan membanteras rasuah. Ini adalah “historic low” dalam SPRM.
7 laporan SPRM telah dibuat oleh calon-calon Pakatan Rakyat iaitu Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang, PKR), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong, PKR), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar, PKR), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal, PKR), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau parliamentary seat, PKR) dan Cikgu Asnah (Bayan Lepas, PAS).
Pakatan Rakyat telah melapor SPRM mengikut akta Kesalahan Pilihanraya seksyen 1954:
Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas
kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana- mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
Beliau juga berkata apabila SPRM menyiasat di kawasan-kawasan tersebut, pemberian duit tidak lagi dijalankan dan duit diberi oleh warga asing. Kami tidak boleh terima alasan-alasan tersebut kerana SPRM dikatakan adalah badan professional yang bertaraf antarabangsa setanding ICAC Hong Kong.   
Kami menyeru SPRM membuka file semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan Rakyat akan membuat laporan semula berkenaan kes ini pada masa yang terdekat.

Ahli Parlimen Bayan Baru
Sim Tze Tzin 沈志勤


Bukti-Bukti bergambar

 Orang ramai berpusu-pusu menuntut wang yang dijanjikan..


 YB Sim Tze Tzin menunjukkan slip 'Lucky Draw' yang diberikan oleh BN...