TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

19 September 2012

BATU MAUNG,P.PINANG- PENGKHIANAT SEBENAR MENGUPAH SAMSENG MERAMPAS TANAH ORANG KAMPUNG..

PANAS!! Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!


Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.


Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.


Penduduk telah diusir oleh bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.


Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’ pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’ Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.


Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.


Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian

SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian

puak Umno yang tiba - tuba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa
penternak burung Walit
30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap
dia terus mengamuk tak tentu pasal
antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara

Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.

Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pej. Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.

Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"

Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."

Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.

Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"

Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.

Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.

Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.

Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.

Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.

Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.