Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

26 Mac 2010

ANTARA IBRAHIM KATAK & PERKATAK..APA PERBEZAAN..??? ~ malaysiakini


Mampukan Ibrahim Ali meloncat menjadikan dirinya ikon perjuangan untuk orang – orang Melayu? Mampukan usaha yang dikatakan sebagai sub kontak UMNO – kepada Ibrahim Ali melalui PERKASA dan penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang dikatakan disertai oleh lebih 76 NGO Melayu dapat bekerja sealiran dengan UMNO – satu wadah politik perjuangan Melayu atau PERKASA dan Ibrahim Ali sependapat bahawa UMNO telah gagal dalam memperjuangkan hak orang Melayu lantas terpaksa menubuhkan NGO Melayu dan Ibrahim Ali sebagai penerajunya. Dua senario berbeza – satu melihatkan UMNO mengenyit PERKASA untuk perjuangan Melayu dan satu mengatakan UMNO bersaing dengan PERKASA untuk memperjuangkan hak orang Melayu – atas kegagalan UMNO. Namun apa yang ada adalah ruangan yang terbentuk, dibentuk oleh Ibrahim Ali untuk meletakkan diri sebagai pembela utama Melayu. Adakah Ibrahim Ali mengetepikan perjuangan politik beliau untuk perjuangan Melayu atau menggunakan alasan perjuangan untuk orang Melayu – sebagai perjuangan politik beliau. Apa pula pendapat orang Melayu dalam isu ini – sedang banyak komen dari pelbagai laman khususnya oleh yang bukan Melayu – menolak dan memberikan pendapat negatif mengenai PERKASA dan Ibrahim Ali sendiri. Setakat ini – ramai juga yang memberi pendapat berbeza khususnya yang menidakkan Ibrahim Ali – dan melabel beliau sebagai usaha mempergunakan Melayu untuk tujuan politik – sebagai kuasa mendesak untuk di terima dalam UMNO – dan sebagai tiket mempertingkatkan politik beliau. Apa pun – perjalanan politik Ibrahim Ali sendiri di katakan tidak menarik untuk mempercayai beliau sebagai ikhlas dalam memperjuangkan Melayu tanpa batasan kehendak politik diri beliau sendiri. Persepsi ramai terhadap perjalanan politik beliau tidak menjadikan beliau di lihat tidak beragenda lain –

Tiada ulasan:

Catat Ulasan