Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

27 September 2013

KONGSI GELAP: JAWATANKUASA “AD HOC” PERLU DIBENTUK

KONGSI GELAP: JAWATANKUASA “AD HOC” PERLU DIBENTUK

Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang


Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan penyelesaian konkrit perlu diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Menurutnya, pihaknya menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops Cantas namun, pihaknya juga risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak muda ditangkap mahupun ditembak mati. Menurut Kumar, dengan operasi demikian ianya bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit, maka cerita kongsi gelap ini tidak akan berakhir juga. Tambahnya beliau, ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun dalam isu sekarang adalah  berbeza kerana ianya adalah realiti dan bukan untuk sekadar tontonan. Menurutnya lagi,  pihaknya juga percaya bahawa isu kongsi gelap ini tidak akan berakhir kerana  kumpulan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua mereka tiada lagi, namun kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif semula dengan diterajui muka baru. Menurut beliau lagi, dalam tempoh sebulan Ops Cantas dilancarkan  lebih 8,449 orang telah ditahan. Perkara ini membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti kongsi gelap ini kebanyakkannya berumur kurang daripada 35 tahun iaitu dikategorikan sebagai belia. Apakah punca belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan Negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap? Di mana kesilapannya dan apakah sistem yang perlu dibetulkan? Terdapat banyak lagi persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa “ad hoc” perlu dibentuk dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia. MIPAS juga menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang konkrit terhadap masalah kongsi gelap ini. Tiada gunanya kita saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini pastinya akan mengeruhkan lagi suasana. Jawatankuasa “ad hoc” yang dibentuk pula  perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua kesalahan sama ada  sistem kerajaan yang sedia ada atau pun disebaliknya.


Oleh,

Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang/ Komrad Samm Penang

15 September 2013

CERAMAH PERDANA ' KAMI RAKYAT M'SIA MELAYU,CINA,INDIA BANTAH TPPA DAN BANTAH 20SEN, KAMI DAH CUKUP SENGSARA DI BAWAH UMNO/BN...


CERAMAH PERDANA BANTAH TPPA (PERSIDANGAN PERJANJIAN TRANS PASIFIK) DAN BANTAH KENAIKKAN MINYAK 20 SEN..

19.9.2013
9.00 MALAM
TANAH LAPANG KABIN JKKK BUKIT GEDONG
SEBELAH SURAU UBUDIAH JALAN PASAR MALAM ISNIN BUKIT GEDONG



"TPPA Gadai Negara?" 
"Mengapa Harga Minyak Tidak Patut Naik" 
"Janji Ditepati - 20sen" 
"Kerajaan 47% Naik Petrol 20sen"
"TPPA Jadikan Panadol RM40 sepapan?"
"TPPA Penjajah Ekonomi"
"Negara Aman 20sen"
MENGAPA KITA PERLU BANTAH ???? DAPATKAN JAWAPAN DALAM SIRI JELAJAH TERSEBUT..













21 Ogos 2013

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Sim Tze Tzin: 100 hari Najib jadi PM.



17hb Ogos 2013

Minggu ini genap 100 hari Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri selepas PRU13.  “Benchmark” 100 hari dalam pentadbiran baru julung-julung kali dimulakan oleh Presiden Roosevelt dari Amerika. Beliau telah melancarkan dasar-dasar dan inisiatif-insiatif yang dinamakan New Deal dalam 100 hari pertama menjadi Presiden. Presiden-presiden Amerika yang seterusnya dinilai mengikut 100 pertama dalam pentadbiran.
Dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri Najib telah melancarkan 11 initiatif baru dalam 100 pertama selepas menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun kebanyakan 11 initiatif tersebut hanya berupa superficial, seperti memberi diskaun touch n go dan sebagainya. Akan Tetapi ia telah meningkatkan publisiti pada masa itu. Apabila masuk penggal kedua, dengan pengalaman satu penggal, Perdana Menteri seharusnya penuh dengan pelbagai dasar dan idea baru. Malangnya beliau tidak banyak mengumumkan apa-apa dasar baru, atau perubahan dasar yang bermakna.

Pejabat saya telah membuat kajian terhadap kenyataan terbuka Perdana Menteri, facebook dan twitter beliau selama 100 hari. Kami telah mengkategorikan kepada 5 tajuk utama: 1. Dasar Baru dan perubahan dasar 2. Pentadbiran Seharian 3. Ucapan Selamat, Tahniah dan Takziah 4. Hadir program 5. Lain-lain
Sepanjang 100 hari pertama, PM telah mengutus 308 tweets. Kami agak terkejut mendapati hanya 4 tweet yang berupa dasar baru, iaitu 1%. Ini agak membimbangkan kerana pentadbiran Negara selama 100 hari ini, hanya ada 4 dasar yang baru. Tweet Pentadbiran seharian sebanyak 49%, Ucapan tahniah, takziah 27%, Hadir program 5% dan lain-lain 18%. (Rujuk Lampiran 1)

Pada masa yang sama, selepas PRU13, Negara kita juga penuh dengan cabaran yang genting. Pejabat saya telah memilih 10 isu atau cabaran yang paling utama dalam 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri (Sila rujuk lampiran 2). Kami merujuk keratan media, FB dan twitter beliau untuk mencari maklum balas daripada Perdana Menteri. Kami telah mengkategorikan 10 berita tersebut kepada 3 kategori: 1. Politik dan Dasar 2. Ekonomi 3. Sosio-Jenayah.

Kami berpendapat, kesemua cabaran tersebut memerlukan kepimpinan Negara yang jelas, tegas dan berwawasan. Namun, mengikut kajian kami, Perdana Menteri Najib sekali lagi gagal dalam kajian kami. Dalam 10 isu-isu tersebut, Perdana Menteri hanya menjawab atau komen dalam 2 isu. Hanya satu dasar baru iaitu meletakkan SPR di bawah Parlimen dikemukakan. Itupun masih belum ada butiran lanjut selepas 77 hari diumumkan pada 1hb Jun 2013.

Kesimpulan yang kami dapati adalah, Perdana Menteri telah hilang focus dalam memimpin Negara. Beliau juga hilang idea baru. Negara sekarang dalam keadaan autopilot. Pihak konservatif UMNO telah “hijack” isu-isu dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan. Kelemahan kepimpinan Perdana Menteri telah menjadikan keadaan Negara tidak terkawal. Keadaan ini amat membimbangkan.

Pada pendapat saya, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat harus lebih fokus dalam pengurusan pentadiran. Buat masa sekarang, BN atau PR kurang menonjolkan dasar-dasar dan idea-idea baru. Rakyat mahu lihat perubahan yang ketara, maka dasar-dasar yang mesra rakyat harus dilaksanakan, harapan mereka tinggi. Saya belum buat kajian terhadap pentadbiran yang lain, tapi saya ingin memberi pujian kepada Exco Kerajaan Negeri YB Jagdeep Singh. Setahu saya, beliau telah berusaha melaksanakan perubahan kepada dasar pemilikan rumah kos rendah dan cuba membersihkan sebarang kecurangan. Inilah dasar dan fokus yang rakyat inginkan.
Maka, saya menyeru semua pentadbiran Negara, baik menteri-menteri dari peringkat pusat mahupun exco-exco kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional supaya menumpu balik kepada pentadbiran dan melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat. Tonjolkan kepimpinan dan pengurusan Negara dengan lebih baik.

YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru

10 Julai 2013

Kenyataan Media YB Sim Tze Tzin Ahli Parlimen Bayan Baru berkenaan penutupan kes beli undi semasa PRU13 oleh SPRM Pulau Pinang

Kenyataan Media YB Sim Tze Tzin Ahli Parlimen Bayan Baru berkenaan penutupan kes beli undi semasa PRU13 oleh SPRM Pulau Pinang

10hb Julai 2013

Pakatan Rakyat berasa kesal atas keputusan pengarah SPRM Samarajoo Manikam untuk menutup siasatan terhadap laporan beli undi melalui “lucky bonus” semasa PRU13. Kami berpendapat SPRM telah gagal atau tidak competent dalam kerja-kerja siasatan. Alasan Samarajoo bahawa kes ini tiada unsur-unsur jenayah, sama sekali tidak boleh diterima.
Dalam PRU13, isu utama yang dikempen oleh Pakatan Rakyat adalah Rasuah dan Korupsi. 51% pengundi di Malaysia menyokong Pakatan Rakyat malah saya yakin lebih ramai lagi menyokong usaha membanteras rasuah. Malah, SPRM telah mendapat RM276 juta dalam bajet 2013. Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap SPRM. Tetapi, sejurus selepas PRU13, kes rasuah pilihanraya yang begitu ketara ditutup. Ini telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sama sekali.
Semasa PRU13, ribuan pengundi-pengundi di Pulau Pinang telah menyertai jamuan makan Kelab 1Malaysia. Mereka terima duit dan terima voucher “lucky bonus”. Mereka mempunyai first hand experience dalam kaedah membeli undi. Ribuan pengundi Pulau Pinang boleh jadi saksi dan kami dari Pakatan Rakyat telah memberi kerjasama kepada SPRM.  Jika SPRM memberi alasan tidak mempunyai bukti kukuh. Ini seolah-olah beliau menutup kedua-dua mata sama sekali terhadap sesuatu jenayah. Perdana Menteri sekarang mesti menjawab adakah usaha beliau membanteras rasuah melalui SPRM telah gagal.
Kesemua ini membuktikan bahawa kajian Transparency International-Malaysia's (TI-M) Global Corruption Barometer (GCB) adalah betul. TI-M semalam melaporkan bahawa hanya 31% yakin terhadap usaha kerajaan persekutuan membanteras rasuah. Ini adalah “historic low” dalam SPRM.
7 laporan SPRM telah dibuat oleh calon-calon Pakatan Rakyat iaitu Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang, PKR), Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong, PKR), Norhayati Jaafar (Teluk Air Tawar, PKR), Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal, PKR), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau parliamentary seat, PKR) dan Cikgu Asnah (Bayan Lepas, PAS).
Pakatan Rakyat telah melapor SPRM mengikut akta Kesalahan Pilihanraya seksyen 1954:
Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas
kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana- mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
Beliau juga berkata apabila SPRM menyiasat di kawasan-kawasan tersebut, pemberian duit tidak lagi dijalankan dan duit diberi oleh warga asing. Kami tidak boleh terima alasan-alasan tersebut kerana SPRM dikatakan adalah badan professional yang bertaraf antarabangsa setanding ICAC Hong Kong.   
Kami menyeru SPRM membuka file semula dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh. Pemimpin Pakatan Rakyat akan membuat laporan semula berkenaan kes ini pada masa yang terdekat.

Ahli Parlimen Bayan Baru
Sim Tze Tzin 沈志勤


Bukti-Bukti bergambar

 Orang ramai berpusu-pusu menuntut wang yang dijanjikan..


 YB Sim Tze Tzin menunjukkan slip 'Lucky Draw' yang diberikan oleh BN...


26 Februari 2013

PENDEDAHAN ASAL P.I BALA MENGENAI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIBUU...


**Terjemahan daripada SD asal yang dibuat dalam bahasa Inggeris.**Kes Altantuya : Terjemahan Akuan Bersumpah PI Bala*

*Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ;**


**1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.**


**2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis.**


**3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga.**


**4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya.**


**5. Walaubagaimanap un saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu.**


**6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya. **


**7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya.**
**8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan.**


**9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi.**


**10. Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di Mongolia.**


**11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan.**


**12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin.**


**13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera. Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut. Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas.**


**14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya.**


**15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda.**


**16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera.**


**17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta.**


**18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka.**


**19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya.**


**20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields.**


**21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian.**


**22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris.**


**23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah.**


**24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini.**


**25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;**
**i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.**
**ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.**
**iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.**
**iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.**
**v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.**


**26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar.**


**27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”.**


**28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ;**
**i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak.**
**ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.**
**iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.**
**iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik.**
**v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan.**
**vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/ Cina.**
**vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak.**


**29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta.**


**30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami.**


**31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah.**


**32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku.**


**33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.**


**34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam.**


**35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah.**
**36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawa b terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy.**


**37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi.**


**38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya.**


**39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini.**


**40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis.**


**41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkann ya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny.**


**42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya.**


**43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan.**


**44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong.**


**45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut.**


**46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis.**


**47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari.**


**48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda.**


**49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang.**


**50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya.**


**51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons.**


**52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”.**


**53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.**


**54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ;**


**i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.**
**ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.**
**iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes.**
**iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu.**
**v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan.**


**55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah.**


**Balasubramani am a/l Perumal**1 Julai 2008*

21 Februari 2013

Malaysia gagal menjaga kedaulatan negara ; Filipina sila bawa tentera kamu keluar dari Tanah berdaulat Malaysia

Malaysia gagal menjaga kedaulatan negara ; Filipina sila bawa tentera kamu keluar dari Tanah berdaulat Malaysia

simpati dengan pasukan keselamatan yang di arah berkampung berhari hari hanya kerana strategi politik regim
Kenyataan Umum


21 Febuari 2013


Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia.

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apayang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik !

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:
  • Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.
    • sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.
  •  Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.
Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut  Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia.

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia