Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

TIDAK KENAL ERTI TAKUT....

Layari pautan - http://jkkkbukitgedong2010.blogspot.com - http://aidilsaloon.blogspot.com - www.keadilanbayanbaru.org

26 Mac 2010

ANTARA IBRAHIM KATAK & PERKATAK..APA PERBEZAAN..??? ~ malaysiakini


Mampukan Ibrahim Ali meloncat menjadikan dirinya ikon perjuangan untuk orang – orang Melayu? Mampukan usaha yang dikatakan sebagai sub kontak UMNO – kepada Ibrahim Ali melalui PERKASA dan penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang dikatakan disertai oleh lebih 76 NGO Melayu dapat bekerja sealiran dengan UMNO – satu wadah politik perjuangan Melayu atau PERKASA dan Ibrahim Ali sependapat bahawa UMNO telah gagal dalam memperjuangkan hak orang Melayu lantas terpaksa menubuhkan NGO Melayu dan Ibrahim Ali sebagai penerajunya. Dua senario berbeza – satu melihatkan UMNO mengenyit PERKASA untuk perjuangan Melayu dan satu mengatakan UMNO bersaing dengan PERKASA untuk memperjuangkan hak orang Melayu – atas kegagalan UMNO. Namun apa yang ada adalah ruangan yang terbentuk, dibentuk oleh Ibrahim Ali untuk meletakkan diri sebagai pembela utama Melayu. Adakah Ibrahim Ali mengetepikan perjuangan politik beliau untuk perjuangan Melayu atau menggunakan alasan perjuangan untuk orang Melayu – sebagai perjuangan politik beliau. Apa pula pendapat orang Melayu dalam isu ini – sedang banyak komen dari pelbagai laman khususnya oleh yang bukan Melayu – menolak dan memberikan pendapat negatif mengenai PERKASA dan Ibrahim Ali sendiri. Setakat ini – ramai juga yang memberi pendapat berbeza khususnya yang menidakkan Ibrahim Ali – dan melabel beliau sebagai usaha mempergunakan Melayu untuk tujuan politik – sebagai kuasa mendesak untuk di terima dalam UMNO – dan sebagai tiket mempertingkatkan politik beliau. Apa pun – perjalanan politik Ibrahim Ali sendiri di katakan tidak menarik untuk mempercayai beliau sebagai ikhlas dalam memperjuangkan Melayu tanpa batasan kehendak politik diri beliau sendiri. Persepsi ramai terhadap perjalanan politik beliau tidak menjadikan beliau di lihat tidak beragenda lain –

13 Mac 2010

DESAKAN KATAK MELETAK JAWATAN MP BAYAN BARU ~ malaysiakini

SEKITAR SUASANA PENYERAHAN MEMORANDUM MENDESAK PELETAKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN BAYAN BARU DATO' SERI ZAHRAIN HASHIM. DESAKAN DARI ANGKATAN MUDA KEADILAN BAYAN BARU, PAKATAN RAKYAT DAN PENGUNDI-PENGUNDI BAYAN BARU.. PROGRAM DIALOG BERSAMA AHLI PARLIMEN BAYAN BARU DENGAN KERJASAMA GPMS ITU BERLANGSUNG DI DEWAN TABUNG HAJI BAYAN LEPAS, DATO' ZAHRAIN MP KAWASAN BAYAN BARU TETAPI PROGRAM TERSEBUT DI ADAKAN DI KAWASAN BAYAN LEPAS PARLIMEN BALIK PULAU..PELIK BIN AJAIB..TAKUT KENA BALING KASUT ATAU TELUR BUSUK KA...


AMK dan kawan2 dari pakatan rakyat berkumpul sebelum ke dewan tabung haji bertempatnya program dialog bersama zahrain katak ...


Suasana perjalanan ke dalam dewan tersebut..semangat semuanya..lawan tetap lawan..


Antara tetamu yang hadir,ramai gak no..rasa2 lebih kurang 10 ribu orang..

Orang tua ini di halau oleh panel2 dalam program tersebut kerana beliau tidak setuju dengan zahrain dan gpms..ini menunjukan ke tidak profesional nya panel2 dalam program tersebut,mereka tidak dapat menerima pandangan rakyat lalu menghalau penduduk keluar..
zahrain katak memberi ucapan,apa yang beliau ucap semuanya bohong belaka,hanya lakonan...
sdr.Azrizal Tahir ketua AMK Bayan Baru bukan bertanyakan soalan tetapi membuat pengumuman penyerahan memorandum kepada katak tersebut..nak tanya soalan pun naik meluat tengok muka2 dalam dewan tu,muka macam ibrahim ali pun ada..

Penyerahan memorandum berlangsung dengan aman tanpa provokasi dari pihak AMK dan pakatan rakyat...kalau ameno dah jadi gaduh ni..
Pihak media menemuramah Ketua AMK dan Pengundi Bayan Baru sejurus selesai penyerahan memorandum tersebut..


AMK,Pakatan Rakyat dan Pengundi2 Bayan Baru mendesak zahrain meletak jawatan sebagai ahli parlimen bayan baru..

03 Mac 2010

NAJIB BELI ADUN & AHLI PARLIMEN PR~ malaysiakini

Bagusla kalau adun & ahli parlimen pr yang di beli najis semuanya bermasalah macam orang2 ameno jugak..





Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.


Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.


Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.


Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.


Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.


Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.


Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.


Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.


Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.


Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.


Menjelang PRU 13


Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."


Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera)."


Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra."


Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.


Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.


Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.